Thursday 28 July 2016

Malaysian Horror Story : Doll Collector Ep 1 : Doll Giveaway

Komen-komen di facebook.

Doll murah! - Pengomen E

Macam pondan doll ko! - Pengomen S

Gatal tetek sgt nk post pic doll! - Pengoman N

Dude... That doll is U.G.L.Y! - Pengomen D

Kepala doll sis tak lawa! - Pengomen J

This doll playline and this group is couture! Leave! - Pengomen A

Akibat tidak tahan dikutuk berulang-kali hanya kerana memuat naik gambar anak patung yang murah itu, dia akhirnya menutup akaun facebooknya. 

______________________________________________

You Are Invited!
A Change To Win Couture BJD!

Az melihat kad yang diterimanya seminggu yang lepas. Kad tersebut memberi arahan untuk dia berada di Kafe James pada pukul dua petang. Selain itu, dia diarahkan untuk membawa satu doll yang paling dia sayang. Dia perlu berada dalam tempahan kafe dibawah nama Mr J dan mereka perlu hadis sebelum 2.30 atau kelayakkan untuk memenangi doll istimewa ini akan terbatal.

Az datang sepuluh minit awal. Walaupun dia sendiri agak pelik dengan jemputan ini, tetapi peluang untuk memenangi satu doll Couture BJD tidak boleh dilepaskan. Doll yang sangat rare dan menjadi impian untuk semua collectors dalam komuniti doll. Dia membawa bersamanya patung Groovy Galore Poppy Parker. 

Beberapa minit kemudian, muncul seorang lelaki berimej Korea mendekati mejanya.

"Mr. J?"

"Saya Az. Saya pun tengah tunggu Mr. J," Az membalas.

"I Jin-Ho! Dan ni Ratu Putih," ujar Jin-Ho sambil menunjukkan dollnya yang berkepala besar dan berambut putih.

Mereka berbual dengan baik tentang doll masing-masing. Sehingga muncul seorang kakak yang memperkenalkan dirinya sebagai Kak Ella yang turut dijemput oleh Mr J. Kak Ella pula membawa Karl Lagerfeld Barbie. Tanpa ditanya dia dengan bangga bercerita dia menghabiskan sebanyak usd1000 untuk membeli doll kesayangannya itu.

"Mahalnya kak. Saya habis rm500 untuk Poppy pun rasa nak pengsan!" Az terkejut.

"Murah je dik. Harga doll ni sama macam tudung akak je!" Kak Ella memperlihatkan jenama tudung dan pakaiannya dari Dolce & Gabbana.

Belum habis Kak Ella bercerita mengenai kegemarannya membeli barang berjenama, mereka dikejutkan dengan dua orang sedang bergaduh. 

"Dasar mak nyah! Konon nak jadi gegurl tapi suara garau!" jerit Aria.

"Lebih dari dari kau pondan! Gambar kat IG nampak jantan berjambang! Kat luar, patah!" Suria memekik.

"Akak kenal ke diorang?" Jin-Ho bertanya selepas melihat Kak Ella asyik memandang mereka.

"Akak kan fashionista! Perempuan celup tu, Suria. Designer lembut tu Aria. Lepas Suria reject nak catwalk untuk show Aria, meroyan dia, uols!"

Aria dan Suria mendekati meja mereka, menyebabkan mereka terkejut.

"Mr J MANA!!!?" Aria dan Suria serentak menjerit, sambil menunjukkan kad jemputan mereka.

"Kami pun tak tahu. Kami pun sama dapat kad, suruh tunggu sini," Az menerangkan.

Aria dan Suria menarik kerusi dan masam muka. Aria mengeluarkan patung Natalia Fatale dari koleksi Fashion Royalty dan Suria mengeluar figura aksi gundam dari bag Birkinnya.

"Jantan sangat," Aria memerli Suria.

"Adik-adik sangat bawak patung gegurl..." Suria membalas.

Tinggal sepuluh minit lagi waktu akan tamat, tetapi Mr. J masih tidak kelihatan. 

2.25 petang dan pintu Kafe James ditolak dengan kuat. Seorang lelaki memegang patung Ken yang diubah suai menjadi merman dan seorang perempuan membawa patung limited edition Ariel mermaid. Az menjerit kerana mengenali mereka sebagai bintang laman sosial. Tambahan pula mereka mendekati mejanya.

"Dude! Nina!"

"Mr. J?" Dude bertanya

"Bukan, saya Az," Az menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Nina.

"Don't TOUCH me! Haram!" Nina berkata sambil melibaskan tudung labuhnya.

Az meminta maaf dan mengalihkan tangannya untuk bersalam dengan Dude.

"Please do not touch me! I'm afraid of germs!" Dude berkata dengan slang British-nya.

Nina dan Dude duduk tanpa disuruh.

"Cantik sangat doll korang semua ni. Mesti mahal kan. Saya mampu bawa Poppy Parker je. Ni pun setahun kumpul duit," Az berkata.

Semua memberikan jelingan kepada Az. Jin-Ho terus bercerita tentang kehebatannya membeli custom doll yang mahal. Kak Ella berlagak dengan koleksi Barbienya yang rare. Nina dengan koleksi Mattelnya yang sukar didapati di Malaysia. Dude dengan kebolehannya mendapat dolls mahal secara percuma. Aria dengan koleksi Fashion Royalty yang sudah mencapai ratusan dollars dan Suria dengan koleksi gundamnya yang disalut dengan emas berlian.

Mereka gelisah menunggu kemunculan Mr. J. Lima belas minit kemudian, muncul seorang pelayan membawa 7 keping sampul surat yang mempunyai 7 nama. Pelayan tersebut memberikan setiap seorang sekeping surat berdasarkan nama masing-masing. Selepas masing-masing membuka surat tersebut, semua keluar dari Kafe James dengan segera, meninggalkan Az. Az kehairanan kerana dia menerima sekeping kad kosong.


______________________________________________

Jin-Ho sampai ke rumahnya pada waktu petang. Dia terus membuka komputernya dan memasang video kamera. Dia diarahkan oleh Mr J untuk membuat rakaman video pada pukul 5.30 petang menceritakan mengenai dirinya dan patung kegemarannya iaitu Ratu Putih.

Hello. My name is Jin-Ho. This is my attempt to win a very special doll. Sponsor by a guy name Mr. J. I am an art teacher and this is my favorite doll customize by moi...

Tubuh Jin-Ho ditusuk dengan pisau tajam. Lehernya dihiris dengan pisau yang sama, mematikan jeritannya. Kedua belah tangannya dipotong dengan perlahan. Darah memercik keluar membasahi Ratu Putih...

No comments:

Post a Comment