Thursday 28 July 2016

Malaysian Horror Story : Doll Collector Ep 6 : Conversation

You're a winner.
Meet me at 11 pm tomorrow.
At Cafe Cafe.
Wear something fancy.

Ella teruja melihat kad yang diterimanya semalam di Kafe James. Dia tidak menyangka dia adalah pemenang Couture BJD doll yang berharga usd10, 000! Tidak sia-sia dia datang dari Singapura. Pada mulanya, dia mengingatkan perjumpaan ini hanyalah gurauan semata-mata. Tapi peluang untuk bertemu dengan ahli-ahli elit dalam komuniti dolls tidak boleh dilepaskan. Dia mungkin sudah dikenali sebagai penjual dolls di Singapura, tetapi dia juga mahu dikenali sebagai penjual dolls di Malaysia dan melalui ahli-ahli elit seperti Nina, Dude, Suria, Aria dan Jin-Ho merupakan peluangnya untuk menembusi pasaran dolls di sini. Inilah kali pertama dia bertemu mereka, walaupun sudah mengenali nama-nama mereka di laman sosial. Tetapi ada satu yang mencurigakan dirinya.

"Budak yang nama Az tu dapat jemputan ekslusif ni? Dahlah dress up macam kampung je. So poor!" Ella mengutuk.

Ella memakai busana couture dari koleksi Hijab dan Abaya Dolce Gabbana. Dia mengenakan solekan tebal dari Estee Lauder. Haruman dari Annick Goutal Eau d’Hadrien. Fesyennya tidak lengkap tanpa tas tangan dan kali ini dia memilih jenama Lana Marks.

"Nak dapat doll mahal ni mesti ada press. Glamour mak!"

Ella segera menuju ke Cafe Cafe.

______________________________________________

Di Cafe Cafe, tiada seorang pon pelanggan yang ada. Ella dijemput oleh seorang pelayan. Ella dibawa ke meja ditepi tingkap. Dimeja tersebut, seorang lelaki menyambutnya.

"Mr. J?" Ella bertanya.

"Panggil saya James."

"Finally, jumpa gak the mysterious Mr. J. I mean, James. Selalu dengar nama je. Muka tak pernah tengok..."

"Saya lebih suka orang tak tahu muka saya."

"Kenapa?"

"Because I am a grumpy person."

"Pelik! Tak kisahlah! Jadi saya menang doll tu? Bila boleh dapat?"

"Sebelum itu.. Can we talk 1st?"

"Sure."

"What do you think about Malaysian doll collectors?"

"Friendly...Maybe? Dan kaya?"

"Bukan backstabbing? Too much drama? Fame whore? Selfish? Berkaum? Suka berlagak? Suka sabotaj? And... Childish?"

"Tak faham..."

"Ada kadang-kalanya, kita rasa komen-komen yang kita tulis tu sekadar lawak. Tapi tanpa kita sedar, yang komen-komen boleh buat orang sakit hati?"

"Dolls je pun..."

"Dolls je pun kan... Jemput minum" James berkata sambil menuangkan air ke gelas Ella.

Ella minum dan tidak lama kemudian, nafasnya tersekat. Batuk. Darah terkeluar dari mulutnya. Ella menghembuskan nafas terakhirnya selepas bertarung dengan permainan manusia bertopengkan malaikat maut. James bangun dari kerusinya dan memandang Ella.

"Dolls je pun..."


No comments:

Post a Comment